Our News & Updates

banner-berita-harian-abc
July 22, 2016
  •  
  •  

150 sertai bengkel ABC XVII

Seramai 150 peserta dijangka menyertai Bengkel Biro Audit Pengedaran (ABC) XVII di Phuket, Thailand pada 1 hingga 4 September ini.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Prashun Dutt, berkata bengkel itu bertujuan mendedahkan peserta mengenai cabaran semasa yang dihadapi bidang pemasaran dan organisasi media, termasuk gangguan dalam mempromosikan produk mereka.

“Gangguan itu termasuk mengguna dan memanipulasi peluang serta technology, mencipta perubahan kepada kehendak pengguna dan mengganggu zon selesa yang dicipta pasaran tempatan dan pendahulu sesebuah jenama atau perkhidmatan oleh pesaing tidak popular.

“Sebagai contoh, Uber sebagai teksi sapu yang mengganggu kemudahan pngangkutan awam, selain mengetepikan kepentingan pemandu teksi berdaftar tanpa memiliki teksi terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siding media mengumumkan tema dan isu yang akan dibangkitkan pada bengkel berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Permasalahan, kesan teknologi semasa

Dutt berkata, bengkel bertemakan ‘Mengganggu atau Terganggu’ itu diharap mampu membincangkan permasalahan dan kesan teknologi semasa kepada industry komunikasi, pengiklanan dan pemasaran dengan lebih jelas.

“Ia supaya semua pihak sedar akan kesan yang timbul daripada gangguan yang dicipta secara sah atau tidak sah itu,” katanya. Bengkel selama empat hari itu menampilkan 11 panel terdiri daripada pelbagai latar belakang dan industry.

Dalam kenyataan berasingan, ABC mengumumkan pelantikan Yap Chee Weng sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 28 Jun lalu, menggantikan Fan Chen Yip.

Memiliki pengalaman selama 26 tahun dalam industry media, Chee Weng juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pakar Media (MSA).

Back